Pemenang tempat ketiga Lawak Solo, Fikry berkata, jumlah pengikutnya di media sosial semakin bertambah sejak menyertai pertandingan tersebut.

Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berkata, dia agak terkejut kerana pengikutnya di media sosial semakin bertambah secara mendadak.

"Sejak menyertai pertandinganLawak Solo ini, pengikut saya di media sosial semakin meningkat.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi mengikut saya di media sosial.

"Mungkin orang mula mengenali saya sejak memasuki program Lawak solo ini dan mereka mula mengikuti perkembangan aktivi yang kami lakukan menerusi perkongsian saya di medium tersebut.

"Tetapi saya tidak berapa setuju bila orang cakap mengenai rupa saya sebab itu follower saya meningkat," katanya kepada Astro Gempak.

Pentas akhir Lawak Solo turut menyaksikan Danial sebagai juara menerima wang tunai sebanyak RM80,000, Mad Sabah memenangi tempat kedua dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM40,000.

Pemenang tempat ketiga dan keempat menjadi milik Fikry dan AG Hafiz dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000.

Keempat-empat peserta akhir turut mendapat trofi sumbangan Astro.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi