Seramai lebih 10 selebriti termasuk Mira Filzah dan Jihan Muse bakal meriahkan Karnival Geng Masjid Mega yang akan berlangsung di Masjid Bandar Seri Putra Bangi pada 31 Disember ini.

Karnival Geng Masjid Mega itu akan berlangsung selama tiga hari tiga malam bermula awal pagi 30 Disemberini hingga 1 Januari 2017.

Program kemuncak Karnival Geng Masjid Mega ini ialah pada malam 31 Disember melalui program santai Konsert Geng Masjid.

Pengunjung akan dihiburkan oleh pengacara dan pelawak Bell Ngasri dan Syuk SYJ sepanjang Forum bersama beberapa penceramah undangan.

Pengunjung juga berpeluang mendengar nasyid dan laguketuhanan yang dipersembahkan oleh kumpulan InTeam, FarEast dan Mawi.

Antara selebriti dan penceramah terkenal yang terlibat adalah seperti Ashraf Muslim, Ungku Hariz, Heloza Helmi, Encik Mimpi, Adam Corie, Hafiz Hamidun, Anita Baharom, Ustaz Syed Kadir Al Joofre, Ustazah Siti Nor Bahyah, PU Rahmat, Ustaz Abdullah Al Baghdadi, Ustaz Dato' Ismail Kamus,

Karnival Geng Masjid yang menghimpunkan selebriti dan penceramah telah menarik kehadiran pengunjung mengimarahkan masjid sejak ia dilaksanakan lima siri sebelum ini.

Karnival tersebut memberi peluang masyarakat Selangor mendengar ceramah santai, beramah mesra dengan selebriti juga membantu ekonomi peniagamuslim.

Teks oleh: Syafiqah Jalal