Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat merupakan antara artis yang bakal menjayakan konsert ambang tahun sempena Fiesta 2017 di Tanjung Bidara, Melaka.
Menurut jurucakap penganjur DSK Events Management, Datuk Sharifah Kadnariah Syed Ahmad pemilihan Ayda Jebat adalah berdasarkan aura dan popularitinya pada masa kini.
“Ayda mempunyai aura yang tersendiri selain mempunyai kelompok peminat yang ramai dan saya percaya dia mampu menarik minat orang ramai untuk datang memeriahkan konsert tersebut.
“Saya tak nafikan pemilihan Ayda juga berdasarkan popularitinya selain itu dia juga merupakan seorang artis yang rendah diri dan mesra dengan peminat.
“Selain Ayda, ada beberapa orang lagi artis telah kami senaraikan cuma kami masih menunggu pengesahan daripada pihak mereka,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai acara tersebut, Datuk Sharifah juga menjelaskan selain konsert, pihak penganjur juga turut menyediakan sebanyak 120 gerai jualan untuk orang awam yang ingin berniaga.
“Untuk menjadikan fiesta lebih meriah, kami tekah menyediakan gerai jualan sepanjang tiga hari tersebut.
“Kami ingin membuka dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengembangkan perniagaan mereka selain membantu menambahkan hasil pendapatan mereka.
“Tak salah rasanya untuk kami berbuat demikian kerana saya rasa ini merupakan antara platform untuk mereka memulakan perniagaan,” jelasnya.
Sementara itu, Datuk Sharifah juga menanggap pemilihan Melaka sebagai lokasi adalah bertepatan kerana berpotensi menarik minat pelancong asing.
“Kita juga tahu Melaka merupakan bandaraya bersejarah, penuh dengan nilai-nilai komersialnya yang tersendiri.
“Negeri ini juga terkenal dan sering dilawati oleh pelancong-pelancong asing, jadi dengan adanya fiesta ini saya harap ia akan menjadi lebih meriah.
“Saya harap pelancong dapat menikmati keseronokan dan juga memori indah sepanjang acara berlangsung,” ujarnya.
Tanjung Bidara Beach Resort Fiesta 2017 ini akan diadakan bermula 30 Disember hingga 1 Januari depan bertempat di Tanjung Bidara Beach Resort.
Manakala acara kemuncak iaitu konsert ambang tahun baru akan diadakan pada 31 Disember ini.
Selain Ayda, antara artis lain yang terlibat ialah Tia Jimbara, Sheeda dan Roslan Shah.
Turut disediakan 120 gerai jualan kepada orang awam yang ingin berniaga, selain 15 gerai khas bagi golongan artis.
Kepada yang berminat untuk membuka gerai jualan pada acara tersebut boleh berkunjung ke akaun Facebook, Tanjung Bidara Beach Resort Fiesta 2017.
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Thu Dec 15 2016
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
AJIB RASA TERCABAR DENGAN JOHAN | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 3
Siapa pulak Johan ni? Dah lah tiba-tiba muncul, lepas tu suka hati je panggil Naziah tu sayang. Agak-agak ke tak plan Ajib nak pikat hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.