Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith sanggup berkunjung ke Seoul untuk membawa anaknya Jaden, bertemu dengan penyanyi Korea Selatan, G-Dragon.

Allkpop melaporkan, Smith sanggup berbuat demikian demi menunaikan hasrat anaknya yang sangat mengagumi G-Dragon.

Smith juga telah membawa anak lelaki kesayangannya itu bertemu G-Dragon secara peribadi.

"Jaden menjadikan anggota kumpulan Big Bang itu sebagai idolanya dalam mengembangkan kariernya sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat.

"Dia turut menulis status di Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa G-Dragon merupakan seorang yang menjadi inspirasinya bergelar sebagai artis.

"Mereka juga dilihat telah menghabiskan masa bersama di studio rakaman penyanyi itu," kata sumber.

Selain G-Dragon, Jaden dan Will turut berkesempatan untuk bertemu dengan artis-artis dibawah naungan YG Family seperti Psy, CL dan Taeyang pada lawatan itu.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Allkpop