Apple Music Nobatkan ‘Anatomi - Faizal Tahir’ Sebagai Album Terbaik 2016

15 Disember 2016. 4.30 PM
2,670
Hiburan
Apple Music Nobatkan ‘Anatomi - Faizal Tahir’ Sebagai Album Terbaik 2016
Album terbaru penyanyi Faizal Tahir, Anatomi dinobatkan sebagai salah sebuah album terbaik sepanjang tahun 2016 oleh Apple Music.

Dilancarkan pada 4 November lalu, pemilihan itu menjadi satu penghormatan yang besar buat Faizal kerana Faizal telah menjadi artis Melayu pertama yang dipilih oleh Apple Music sebagai album terbaik dikalangan ribuan album antarabangsa.



“Walaupun kulit album Anatomi menjadi kontroversi ketika dilancarkan, album tersebut kini telah menjadi satu kebanggaan buat Malaysia kerana pencapaian tersebut.

“Album Anatomi menjadi album anak Melayu yang pertama dinobatkan oleh Apple Music di antara album yang terbaik pada tahun 2016,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia kepada Astro Gempak.

Anatomi menampilkan tujuh lagu termasuk single Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia. Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama.

Di samping itu, ia turut memuatkan bonus track iaitu Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular BH 2014, Anugerah Juara Lagu ke-30 dan akustik.

Dalam perkembangan lain, Faizal juga baru sahaja merangkul anugerah Best Volunteer Initiative Award for the Personality menerusi IAmFaithMen dan Best Humanitarian Song Award menerusi lagu Assalamualaikum di Volunteer Malaysia Awards 2016 anjuran IM4U.
 

Artikel Berkaitan


Komen