Mariah Carey Pernah Dikongkong Suami, Tak Boleh Berpakaian Seksi

14 Disember 2016. 6.55 PM
4,072
Hiburan
Mariah Carey Pernah Dikongkong Suami, Tak Boleh Berpakaian Seksi
Penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey mendedahkan dia pernah dikongkong ketika berkahwin dengan eksekutif muzik, Tommy Mottola.

Mariah yang berkahwin dengan  bekas suaminya pada 1993 itu berkata, selain dilarang keluar dia juga tidak dibenarkan memakai pakaian seksi selain gerak-gerinya dikawal bekas suaminya itu.

Penyanyi lagu Hero itu menerusi program dokumentari, Mariah's World.

"Tommy lebih berusia daripada saya dan dia mempunyai banyak kuasa dan mahu menjauhkan saya daripada kawan-kawan dan masyarakat.

"Saya perlu meminta kebenaran daripadanya untuk keluar dan adakalanya saya berasa takut," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Mereka bagaimanapun bercerai selepas hanya empat tahun berkahwin pada 1997.

Sumber: E!Online
 

Artikel Berkaitan


Komen