Deepika Padukone Dan Katrina Kaif Berbaik Semula Selepas Tujuh Tahun Bermusuh

14 Disember 2016. 6.50 PM
6,670
Hiburan
Deepika Padukone Dan Katrina Kaif Berbaik Semula Selepas Tujuh Tahun Bermusuh
Aktres Bollywood, Deepika Padukone dan Katrina Kaif akhirnya bertegur sapa dan memperbaiki hubungan mereka selepas hampir tujuh tahun bermusuhan.

Desas-desus tersebut mula timbul selepas ada saksi melihat kedua-dua aktres ini rancak berbual di dalam karavan milik Shah Rukh Khan di satu majlis anugerah di India baru-baru ini.

Bagaimanapun, saksi kejadian tidak dapat merakam gambar mereka sedang berbual mesra lebih satu jam itu disebabkan faktor-faktor tertentu dan keselamatan.

Initipati perbualan mereka juga tidak dapat didengar kerana jarak yang agak jauh daripada saksi yang melihat kejadian itu.

Tujuh tahun lalu, punca mereka bermusuhan selepas Katrina dikatakan merampas cinta teman Deepika, iaitu aktor Ranbir Kapoor.

Ranbir dan Katrina dikatakan terlalu  mesra bergambar dalam filem Tamasha sehingga menimbulkan rasa cemburu Deepika.

Kini, kedua-dua aktres ini hanyalah bekas teman wanita Ranbir dan disebabkan itu juga mereka dengan lapang dada boleh berbaik semula.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: The Times of India 
 

Artikel Berkaitan


Komen