Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan rasa syukur kerana program realiti The House akhirnya memberikan dia peluang bersama suami dan anak-anaknya.

Menurut DSV, beberapa tahun kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga tiada masa yang khusus untuk meluangkan masa bersama keluarganya apatah lagi bersukan bersama suaminya Fairoz dan anak-anak Cik B dan Kacak.

Selepas melalui episode ketiga The House, DSV tidak sangka dia dan keluarganya akan main sukaneka!

Tak siapa sangka DSV yang selama ini ‘blink-blink’, mampu menghabiskan permainan dan tugasan yang diberi dan yang paling best, dia sangat ‘sporting’ dan tak pedulikan ‘DSV yang glamor’ sebelum ni tau!

Lebih menarik lagi, DSV yang dah lama tidak menerima arahan orang lain ini, akhirnya akur dengan semua tugasan yang diberikan termasuk pergi ke kedai untuk membeli barangan membuat cucur bilis.

Haa..Ambik kau! Sudah 25 tahun tak pergi beli barang sendiri, tapi dalam The Housee terpaksa keluar pergi cari barang mentah sendiri untuk sediakan minum petang kepada suami dan anak-anak!

Macam manalah rupa orang orang yang dah 25 tahun tak pergi pasar/kedai ini cari barang untuk memasak ya?

Jangan lupa saksikan The House 2, episod ketiga secara ekslusif di sini ---> THE HOUSE bermula jam 4 petang ini.

Banyak lagi cerita tentang DSV dan keluarganya yang korang semua tak pernah tahu sebelum ni, didedahkan dalam The House 2 ni tau!

Oh ya! Jangan lupa saksikan juga DSV dan keluarganya di kaca televisyen dalam The House 2 yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Rabu jam 9.30 malam.