Mercedes Mewah Milik Bekas Kekasih Jlo Remuk Akibat Kemalangan

13 Disember 2016. 4.40 PM
2,454
Hiburan
Mercedes Mewah Milik Bekas Kekasih Jlo Remuk Akibat Kemalangan
Bekas kekasih Jennifer Lopez, Casper Smart telah terlibat dengan kemalangan jalan raya mengakibatkan Mercedes mewah miliknya remuk di bahagian belakang baru-baru ini.

Ketika kejadian, Casper sedang memandu menuju ke Woodland Hills, California lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Casper telah memuat naik gambar keretanya yang remuk di laman Instagram dan dalam kapsyennya yang menulis:

"Malam yang tidak bernasib baik, saya kemalangan dan melanggar pokok, terima kasih kepada tuhan kerana saya selamat, tetapi kereta cantik saya telah remuk #memangsalahsaya."

Casper telah menjalinkan hubungan cinta bersama JLo kira-kira 5 tahun dan berpisah secara rasminya pada pertengahan tahun ini.

Walaupun telah berpisah, Casper sempat mengucapkan ucapan manis kepada Jlo bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-47 pada 24 Julai lalu.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir             
Sumber: Daily Mail

Artikel Berkaitan


Komen