Kongsi Video Bertunang, Peminat Tak Sabar Tunggu Ummi Nazeera Kahwin

13 Disember 2016. 2.40 PM
13,058
Hiburan
Kongsi Video Bertunang, Peminat Tak Sabar Tunggu Ummi Nazeera Kahwin
Pelakon Ummi Nazeera telah berkongsi satu video majlis pertunangannya yang berlangsung pada Ahad.

Video tersebut baru saja dimuatnaik oleh Ummi menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini dengan niat untuk berkongsi momen terindah itu bersama para peminatnya.

Dengan menggunakan hashtag #MogaDiirinrestuilahi, Ummi mendedahkan video tersebut amat istimewa selain muzik latar belakang video yang diiringi bunyi seruling itu merupakan pilihannya sendiri.

“Assalamualaikum, good morning, disini ummi share sikit sedutan hari pertunangan Ummi yang berlangsung di kediaman keluarga Ummi bersama dua pihak keluarga terdekat.

“Ummi pilih music ni sebab dekat dgan jiwa Ummi ehhe. Dan video satu minute ni Ummi request khas buat semua followers Ummi ❤️❤️❤️ #MogaDiiringrestuilahi,”
tulisnya.

Sementara itu, menerusi video tersebut jelas kelihatan wajah Ummi yang sentiasa tersenyum dan berseri sepanjang majlis berlangsung.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 30, 000 tontonan dan hampir 300 komen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain menyatakan hasrat tidak sabar untuk melihat Ummi berkahwin.

Terdahulu, Ummi Nazeera, 26, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I, 29 pada Ahad.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang di sini hari ini.

Mr. I yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur itu diwakili oleh keluarganya menyerahkan lima dulang berbalas lima oleh pihak perempuan.

Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Teks oleh: Mya Amri

Artikel Berkaitan


Komen