Dedah Video Bedah Otak, Peminat Syukur Nazim Othman Selamat

9 Disember 2016. 6.30 PM
30,475
Hiburan
Dedah Video Bedah Otak, Peminat Syukur Nazim Othman Selamat
Pelakon Nazim Othman berkongsi sebuah video untuk mengimbas kembali saat-saat melakukan pembedahan di bahagaian kepalanya pada Mac tahun lalu.

Video itu telah dikongsi oleh Nazim menerusi akaun Instagram (IG) pada Ahad dengan coretan yang menggambarkan perasaannya selepas berjaya mengharungi pembedahan tersebut.

“After I went through and survived the craniotomy procedure (brain surgery) last year, I've become stronger than ever.

“Challenges, ordeals and obstacles in life are inevitable. However I'm not scared of all that as much as I used to be.

“When We understand that everything here is NOT PERMANENT, We'll be calmer facing whatever that comes.

“No one could bring me down. No one.” tulisnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat jumlah tontonan lebih daripada 150,000 dan hampir 600 komen (ketika artikel ini ditulis).

Sementara itu, ruangan komen di video tersebut dipenuhi dengan ucapan yang menyatakan rasa syukur kerana pelakon drama bersiri Lara Aishah itu selamat.

Walaupun pembedahan itu dilakukan setahun yang lalu namun peminatnya masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa di mana aktor kesayangan mereka itu mendedahkan berita mengenai penyakitnya.

Terdahulu, Nazim Othman disahkan mengidap ketumbuhan dibahagian otaknya pada Mac tahun lalu.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan


Komen