Peminat Tak Sabar Nak Tunggu Agnes Monica, Wijaya Saputra Bernikah

9 Disember 2016. 6.40 PM
14,433
Hiburan
Peminat Tak Sabar Nak Tunggu Agnes Monica, Wijaya Saputra Bernikah
Hubungan cinta penyanyi Indonesia, Agnes Monica dan Wijaya Saputra bukan lagi rahsia dan membuatkan peminat tidak sabar melihat mereka disatukan.

Tambahan lagi selepas foto mesra pasangan ini dimuatnaik di Instagram (IG),  membuatkan peminat tidak henti-henti memberi komen yang positif.

Malah ada komen yang mengatakan Wijaya beruntung kerana berjaya menawan hati Agnes yang sebelum ini sukar didampingi oleh mana-mana lelaki.

Antara komen-komen yang menarik ialah “Bila nak kahwin dengan kakak Agnes", "wahh.. sama cantik sama padan," "lekaslah kahwin," dan "semoga tuhan merahmati hubungan Agnes dan Wijaya.”

Wijaya, seorang pemain bola keranjang kebangsaan Indonesia yang memiliki ketinggian 189cm serta gemar membaca buku dan berenang.

Mereka berdua dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta pada awal Oktober lalu setelah kemesraan mereka berjaya dihidu netizen menerusi laman sosial.  
 
 

❤️😘#mysquadisbetterthanyours #igotyourbacklikeyougotmine @agnezmo photo credit to @tommyjphoto

A photo posted by Wijaya Saputra ™ (@saputrawijaya) on

Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen