Pendirian Jihan Muse Berubah Selepas Menonton Lawak Solo

9 Disember 2016. 4.37 PM
12,666
Hiburan
Pendirian Jihan Muse Berubah Selepas Menonton Lawak Solo
Pelawak Jihan Muse mengakui dia bukan seorang selebriti yang sering hadir pada setiap program akhir sesebuah rancangan yang dianjurkan.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 33, berkata, penderiannya berubah setelah melihat dan melibatkan diri didalam program Lawak Solo sebagai juri beberapa minggu lalu.

"Saya bukan seseorang yang suka pergi ke program akhir sesebuah rancangan jika bukan di atas dasar kerja.

"Ini kerana saya tidak suka bersesak dengan orang ramai jika hadir pada sesebuah majlis akhir tersebut.

"Namun semua itu berubah apabila saya melihat program Lawak Solo ini kerana saya dengan rela hati akan pergi melihat program akhir ini secara langsung.

"Tapi tidak tahu kenapa kerana bagi saya program ini terdapat sesuatu yang menarik mungkin lawak-lawak yang disampaikan oleh para peserta adalah baru dan segar," katanya menerusi muatnaik di Facebook.

Tambah Jihan, dia amat kagum dengan kualiti program Lawak Solo ini dan menggangap ia lebih baik daripada program lawak yang pernah ada sebelum ini.

"Saya dapat rasakan level kualiti program ni boleh pergi jauh dan mencantas pelawak-pelawak dan program komedi yang sedia ada. 

"Yang tak nampak akan terus buta sebagaimana sebuta tuli menghentam apa saja ikut suara majoriti tetapi saya nampak pelawak didalam program ini akan boleh pergi jauh jadi biarlah saya menyokongnya,"ujarnya.  

Jangan lupa saksikan peringkat akhir Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada hari ini, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.
 
Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.
 
Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.
 
Teks oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen