Aktress Bollywood, Rani Mukerji akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Adira Chopra selepas setahun melahirkannya.

Menurut laporan The Times of India, foto bayi tersebut dikongsi daripada akaun rasmi Twitter produksi suaminya, Yash Raj Production hari ini.

Difahamkan, Rani memuat naik foto puterinya itu sempena hari ulangtahun kelahirannya yang pertama.

Foto yang dinuatnaik tersebut menunjukkan Adira yang mempunyai rambut hitam lebat itu sedang nyenyak tidur.

Selain itu, Rani turut menulis seperti sekeping surat kepada anaknya:

Aku mencintai baby Adira, aku tak boleh hidup dan bernafas tanpanya. Hidupku berubah, tapi jadi lebih baik.

Memiliki anak itu menakutkan, kerana hidupmu mendadak bukan hanya buat dirimu sendiri, kamu hidup untuk anakmu, dia dilahirkan untukmu.

Aku tak dapat tidur di malam hari, aku juga tak boleh tidur di siang hari. Aku berpikir tentang jutaan ibu di dunia yang sudah melahirkan, apakah mereka hadapi perkara yang sama denganku, atau hanya aku sahaja?

Aku harap aku boleh menjaga Adira agar dia membesar dan menjadi cantik, tanpa rasa takut, berani, bijaksana, cerdas, disiplin dan sopan santun.

Aku ingin semua orang bangga kepadanya. Jika itu tidak berlaku, aku akan tetap selalu bangga kepadanya.

Aku akan mengajarnya untuk selalu mengikuti kata hati, dan tidak akan menyakitinya.

Aku tidak akan memaksanya untuk apapun dalam kehidupannya. Dia akan selalu bebas, bahagia dan tersenyum, tertawa dengan sepenuh hati.

Senyumannya akan sampai ke matanya.


Teks oleh: Syafiqah Jalal