Teman Saya Main Futsal? Lofa Datang Dengan Kawanlah! – Fattah Amin

8 Disember 2016. 8.35 PM
60,386
Hiburan
Teman Saya Main Futsal? Lofa Datang Dengan Kawanlah! – Fattah Amin
Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot Fattah Amin menjelaskan kehadiran Neelofa ketika perlawanan Futsalnya baru-baru ini ditemani oleh rakan-rakan aktres tersebut.

“Untuk pengetahuan ketika perlawanan futsal berlangsung, Lofa hadir bersama beberapa rakan baiknya.

“Mungkin dalam video nampak macam Lofa datang teman saya tapi sebenarnya ramai lagi rakan-rakan yang ada.

“Yang rekod video kami berdua itu pun salah seorang daripada teman baiknya cuma bila dilihat pada video itu hanya nampak seperti kami berdua saja.

“Selepas drama Suri Hati tamat, kami masih lagi berhubung dan berjumpa beberapa kali. Kami banyak berbincang mengenai hal kerja,” jelasnya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk A/J DE’ Parfum x Fattah Amin bertempat di Green House by Muir, Ampang, petang tadi.

Dalam pada itu Fattah juga mengakui bahawa dia selesa berkawan dengan Neelofa dan wanita itu juga banyak mengajarnya mengenai hal berkaitan dengan perniagaan

“Kita semua tahu yang Neelofa merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, saya banyak belajar dengan dia.

“Saya akui selesa berkawan dengan Neelofa dan dia juga seorang wanita yang tidak kedekut dengan ilmu.

“Selain banyak membantu dengan lakonan, dia juga banyak mengajar saya tentang perniagaan,” katanya.

Mengulas mengenai kehidupan peribadinya, Fattah memberitahu buat masa ini dia masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Kahwin? Belum ada target umur dan saya pun tak terfikir lagi. Masih banyak benda yang saya belum capai.

“Jadi lebih baik saya bina kerjaya dan fokus dengan kerja yang saya buat dulu sebelum pikul tanggungjwab besar sebagai seorang suami,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Fattah baru saja dilantik sebagai duta A/J DE’ Parfum x Fattah Amin.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan


Komen