Video persembahan muzikal kumpulan lawak Bocey berjaya menempatkan diri dalam senarai Video Paling Popular di Malaysia 2016 menerusi YouTube Rewind Malaysia.

Video persembahan muzikal tersebut mendapat lebih dua juta tontonan di laman YouTube dan dipersembahkan di pentas akhir program realiti Maharaja Lawak Mega 2016.

Senarai yang dikeluarkan oleh laman video YouTube itu mengumpulkan 10 video popular di Malaysia yang mendapat tontonan tertinggi sepanjang tahun 2016.

Antara video yang turut menempatkan diri dalam senarai tersebut adalah video cabaran ‘spicy Korean noodle’ serta video parodi filem Train To Busan.

YouTube Rewind Malaysia turut mengeluarkan senarai Video Muzik Paling Hangat di Malaysia 2016 dan penyanyi Aiman Tino menerusi muzik video lagu Ku Rela Dibenci mengunggulinya dengan tontonan lebih 24 juta tontonan.

Mari kita lihat kembali video persembahan muzikal kumpulan lawak Bocey dipersembahkan di pentas akhir program realiti Maharaja Lawak Mega 2016:


Teks oleh: Kamaruddin Razal