Saya Jadi Penyanyi Bukan Kerana Syok Sendiri - Syamsul Yusof

8 Disember 2016. 4.08 PM
3,471
Hiburan
Saya Jadi Penyanyi Bukan Kerana Syok Sendiri - Syamsul Yusof
Pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof mengakui bahawa penglibatannya dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi bukanlah sekadar syok sendiri.
 
Syamsul, 32, berkata, dia berjaya membuktikan bahawa muzik yang dibawa olehnya dapat diterima oleh orang ramai.
 
"Saya tahu ramai juga mempertikankan saya menjadi penyanyi kerana menggangap syok sendiri.
 
"Ada juga yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh. 
 
"Namun saya sudah membuktikan bahawa karya nyanyian saya kini bukan sekadar syok sendiri malah telah mendapat tempat untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).
 
"Sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan kerana saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri," katanya kepada Astro Gempak.
 
Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan cabutan giliran persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 31 yang diadakan di Wisma Bentley, di sini, Rabu.
 
Lagu nyanyiannya Kalah Dalam Menang bersama Mawi layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.

Dalam pada itu tiga artis naugan Astro iaitu Akim, Hazama dan Hafiz turut bertanding menerusi lagu: 

1) Akim & The Majistret (Obses)
2) Hazama (Diamaran Mama)
3) Misha Omar & Hafiz (Terimaku Seadanya)

Sementara itu lagu lain yang layak bertanding ialah:

4) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
5) Black (Anugerah Terindah)
6) Elizabeth Tan & Awi Rafael (Setia)
7) Syamsul Yusof & Mawi (Kalah Dalam Menang)
8) Khalifah (Hang Pi Mana)
9) Sufian Suhaimi (Terakhir)
10) Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
11) Projektor Band (Sudahku Tahu)

Artikel Berkaitan


Komen