8 Sebab Anda Perlu Menonton Sing!

8 Disember 2016. 3.25 PM
1,044
Hiburan
8 Sebab Anda Perlu Menonton Sing!
Selepas kami menonton filem animasi terbaru arahaan Garth Jennings, Sing, hati terus terpikat dan rasa tidak sabar hendak menonton di panggung wayang!

Oleh itu, kami senaraikan enam sebab kenapa filem animasi Sing ini wajib ditonton oleh anda dan seisi keluarga:

1) Untuk filem animasi ini Matthew McConaughey telah mengajar Scarlett Johansson menyanyi!

2) Scarlett Johansson Jadi Landak Punk-Rock di ‘Sing’! Macam mana agaknya suara dia nanti ya? Mesti comel!

3) Filem animasi ini dibarisi pelakon popular Hollywood seperti Matthew McConaughey, John C, Reilly, Taron Egerton, Reese Witherspoon, Tori Kelyy dan Scarlett Johansson sebagai pengisi suara.

4) Grafik yang ditampilkan dalam Sing sangat canggih dan awesome!

5) Watak dan perwatakan haiwan dalam Sing sangat comel dan pastinya anda dan anak-anak akan jatuh cinta dengan mereka.

6) Sing juga pasti akan membuatkan anda semua tidak kering gusi, seriously sakit perut ketawa! Pop-Corn pun tak sempat nak makan.

7) Sing merupakan filem animasi terbitan Universal Pictures dan Illumination Entertainment yang telah mencatat sejarah sebagai penerbit yang menghasilkan ‘Filem Animasi Paling Sukses Sepanjang
Zaman’, menerusi Despicable Me dan Minions.

8) Filem ini nanti khabarnya akan memperdengarkan 85 lagu popular sebagai soundtrack dan merupakan studio animasi yang sama menerbitkan filem-filem hebat seperti Despicable Me 1 & 2, The Lorax, Minions dan The Secret Life of Pets.

Kalau anda semua  tak percaya, jom tengok trailer di bawah, lepastu beramai-ramai ke pawagam terdekat 8 Disember ini. Cuti sekolah kan? Apa lagi, luangkan masa bersama anak-anak dan tonton filem Sing:

SINOPSIS
Sing berlegar sekitar dunia yang sepenuhnya dihuni oleh haiwan, persis seperti Zootopia (2016).

Buster Moon (Matthew McConaughey), merupakan seekor koala yang hampir putus asa disebabkan masalah kewangan yang melanda teater kesayangan miliknya.

Untuk mengembalikan kejayaan dan meneruskan perniagaannya, Buster mengadakan sebuah pertandingan menyanyi yang dilabel terhebat dunia sehingga membuatkan para peserta percaya bahawa ini adalah peluang terbaik untuk mengubah nasib dan takdir hidup mereka buat selamanya.

Lima peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian yang dianjurkan Buster Moon ialah, seekor tikus yang bernama Mike (Seth MacFarlane), gajah muda Meena (Kelly) yang mempunyai masalah ‘stage fright’, Ibu khinzir yang mempunyai 25 ekor anak, Rosita (Reese Witherspoon), Johnny (Egerton) seekor gorilla muda yang gangster dan landak Punk Rock yang mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang bongkak, Ash (Johansson).

Kesemua peserta mempunyai masalah peribadi masing-masing dan menyertai pertandingan untuk melupakan masalah dihadapi.

Pelbagai kejadian lucu dan mencuit hati sepanjang pertandingan tersebut berlangsung sehingga menyebabkan tauke panggung Buster Moon pening kepala!

Kepada anda semua, selamat menonton!

 







Artikel Berkaitan


Komen