Zulin Aziz Nafi Taja Ahya Rosli Dengan Barangan Mewah

8 Disember 2016. 10.35 AM
49,519
Hiburan
Zulin Aziz Nafi Taja Ahya Rosli Dengan Barangan Mewah
Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz menafikan menaja model Ahya Rosli dengan barangan mewah.

Ia susulan daripada gosip yang mendakwa penyampai radio sanggup berhabis wang ringgit demi seorang lelaki.

Zulin berkata gosip itu tidak merujuk kepada dirinya kerana terdapat kemusykilan pada jalan cerita yang sama sekali tidak benar.

“Saya tidak pernah menaja Ahya seperti yang tertulis dalam ruangan gosip itu, kononnya saya hadiahkan dia pelbagai barangan mewah serta pergi bercuti mengunakan wang saya sahaja.

“Itu tidak betul langsung! Hakikatnya Ahya yang keluarkan duit apabila kami keluar bersama.

“Saya pun tak naklah menyusahkan dia, hulurkan juga duit kepada Ahya tetapi selalunya dia tidak mahu terima duit saya.

“Dari mana datang cerita itu saya pun tak pasti, yang penting memang tiada apa-apa kaitan pun dengan hal saya,” kata Zulin ditemui Astro Gempak di Majlis Tayangan Perdana Filem Bopeng.

Dalam pada itu, Zulin juga turut menjelaskan hubungannya dan Ahya hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

“Saya tak bercinta dengan dia jauh sekali menjadi pasangan kekasih, kami hanya kawan rapat.

“Apa yang saya boleh komen, Ahya seorang yang baik walaupun kalau kita lihat personaliti dia yang agak nakal tetapi sebenarnya tidak seperti itu.

“Saya memang tak boleh nak tutup mulut orang mengenai apa saja tentang diri saya, apa yang saya harapkan doa yang indah-indah sahaja, agar perjalanan karier saya berjalan seperti biasa,” katanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen