Elak Bersalaman Dengan Peminat Bertudung, Jinyoung GOT7 Jadi Trending

7 Disember 2016. 8.10 PM
185,973
Hiburan
Elak Bersalaman Dengan Peminat Bertudung, Jinyoung GOT7 Jadi Trending
Anggota kumpulan GOT7, Jinyoung menjadi trending di Malaysia selepas video yang menunjukkan dirinya mengelak untuk bersalaman dengan peminat bertudung tersebar.

Video berdurasi selama empat saat itu telah dikongsi oleh kelab peminat mereka iaitu IGOT7 Malaysia, di laman sosial Facebook dan Twitter sejak 5 Disember lalu.

Menerusi video yang dirakamkan ketika sesi bertemu peminat yang dinamakan Hello Session,  seorang gadis bertudung dilihat teruja untuk bertemu Jinyoung sedang melambai-lambai ke arahnya sebelum membuat cubaan untuk bersalaman dengan idola itu.

Jinyoung yang menyedari keadaan tersebut terus menarik tangannya dengan pantas untuk mengelakkan tangan mereka dari bersentuhan.



Insiden tersebut mendapat pujian dan menjadi trending dengan hashtag #jinyoung selama dua hari berturut-turut di Twitter.

Rata-ratanya kagum dengan kepekaan Jinyoung terhadap peminat bertudung dan mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh penyanyi tersebut.



Terdahulu, GOT7 telah hadir ke Malaysia untuk siri jelajah GOT7 Flight Log Turbulence 2016 pada Ahad.

Ini merupakan kali kedua GOT7 hadir ke Malaysia dan kunjungan pertama mereka adalah pada Mac tahun lalu untuk acara GOT7 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur.

Ketika itu acara tersebut, GOT7 telah memakai sarung tangan untuk bersalaman sebagai tanda menghormati peminat bertudung.

Teks oleh: Mya Amri

Artikel Berkaitan


Komen