Rebecca Nur Islam Teringin Nak Jadi Pengacara Rancangan Wanita

7 Disember 2016. 3.22 PM
15,168
Hiburan
Rebecca Nur Islam Teringin Nak Jadi Pengacara Rancangan Wanita
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam Ahmad, 30, mengakui teringin untuk menjadi pengacara rancangan wanita yang membincangkan topik-topik kecantikan, keusahawanan dan perniagaan.

Rebecca berkata, impian untuk jadi pengacara sudah lama diidamkan tetapi rezekinya ke arah bidang itu masih belum tiba.

“Saya gemar menonton rancangan yang memfokuskan hal wanita kerana terdapat pelbagai isu-isu yang boleh diketengahkan kepada orang ramai.

“Kalau saya diberi peluang untuk mengendalikan rancangan wanita, saya yakin boleh buat dengan kemampuan yang ada.

“Tak salah untuk mencuba kerana naluri saya untuk menjadi pengacara memang tinggi, saya harap ia tercapai satu hari nanti, Insha Allah” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Menyentuh mengenai karier lakonan, Rebecca akui rindu untuk berlakon semuala kerana dia telah meninggalkan bidang itu hampir empat tahun yang lalu.

“Ramai juga produser yang tanya tak nak berlakon lagi ke, saya jawab nak cuma watak yang diberikan itu kenalah sesuai dengan imej saya yang berhijab.

“Malah suami saya pun tak larang untuk berlakon cuma dia pesan kalau nak berlakon kena pandai jaga nama baik suami, keluarga dan anak-anak.

“Sekiranya dalam waktu terdekat saya menerima tawaran tidak kira berlakon mahupun mengacara, saya akan terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan