Sedap Sangat Ke Nasi Lemak Pink Janda Baik DSV Tu?

7 Disember 2016. 3.00 PM
23,800
Hiburan
Sedap Sangat Ke Nasi Lemak Pink Janda Baik DSV Tu?
Beberapa bulan lalu, kecoh di media sosial bila Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik video dia dan ahli keluarganya meniaga nasi lemak di Janda Baik.

Selepas video itu dikongsi DSV, banyak pula spekulasi yang timbul! Antaranya, DSV sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan pula!

Tambah-tambah lagi ketika itu DSV sedang dilanda ujian terhebat dalam hidupnya, jadi macam-macamlah spekulasi yang dilemparkan keyboard warrior terhadap DSV.

Dalam keseronokan DSV berniaga nasi lemak pink di Simpang Tiga Janda Baik, Pahang itu...korang semua tak tahu yang jutawan kosmetik kita ni tersiksa nak bangun pagi untuk siapkan 200 bungkus nasi lemak tau!

Kata Cik B, mamanya itu memang seorang yang liat nak bangun pagi dan dia sendiri tak percaya yang mamanya gigih bangun pagi semata-mata nak buat nasi lemak untuk memenuhi cabaran The House!

Rasa-rasanya berbaloi tak ‘pengorbanan’ DSV, suaminya Fairuz serta anak-anaknya Cik B dan Kacak bangun pagi buat nasi lemak?

Laku ke tidak nasi lemak pink Janda Baik DSV tu? Sedap ke tidak?  Jangan lupa saksikan The House 2, episod kedua secara ekslusif di sini ---> THE HOUSE bermula jam 4 petang ini.

Banyak lagi cerita tentang DSV dan keluarganya yang korang semua tak pernah tahu sebelum ni, didedahkan dalam The House 2 ni tau!

Oh ya! Jangan lupa saksikan juga DSV dan keluarganya di kaca televisyen dalam The House 2 yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 7 Disember (malam ini).
 

Artikel Berkaitan


Komen