Pelakon Uqasha Senrose menyatakan hasratnya untuk berlakon dalam filem epik Melayu.

Bagaimanapun menurut Uqasha keinginannya itu tidak bermaksud dia sudah bosan dengan watak yang sering ditawarkan sebaliknya dia ingin mencuba pelbagai karakter untuk membuktikan dirinya pelakon serba boleh.

“Sebenarnya saya teringin nak berlakon cerita-cerita lama ataupun filem epik sebagai contoh Puteri Gunung Ledang.

“Yang mana mengandungi babak-babak seperti bersilat dan menari. Secara jujurnya saya belum pernah lagi bawa watak sebegitu dan itu merupakan salah satu impian saya.

“Tapi jangan salah faham, itu tak bermaksud saya bosan dengan watak yang sering ditawarkan, tidak.

“Setiap pelakon pasti ada karakter impian mereka, begitu juga saya dan rasanya tak salah kalau nak cuba pelbagai watak kan?” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Uqasha juga memberitahu dia tidak kisah sekiranya ditawarkan untuk berlakon filem aksi.

“Andai katalah ada tawaran untuk berlakon drama atau filem aksi, saya terima sebab saya rasa watak itu sangat mencabar.

“Tak semestinya kita perempuan tak boleh berlakon babak aksi, teringinlah nak cuba sebab sebab watak itu pun antara yang ada dalam ‘bucket list’ saya,” ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri