Pelakon dan pengacara, Natasha Hudson enggan mengulas lanjut mengenai imej terbarunya yang kini berniqab.

"Saya minta maaf, saya tidak mahu ulas lanjut mengenai itu.

"Saya harap semua orang boleh faham dan hormati pendirian saya," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Natasha menerusi akaun Instagram miliknya mula memuat naik foto dengan imej jubah dan tudung litup labuh serta niqab hitam sejak kurang dua minggu yang lalu.

Pelakon Lemak Kampung Santan itu kini banyak memberi kata-kata inspirasi tentang penghijarahannya menerusi laman sosial.

Imej terbaru Natasha bagaimanapun telah menarik perhatian ramai apabila dia dibanjiri dengan komen peminat yang positif dan menyokongnya.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mula berhijrah sepenuhnya pada tahun 2012 yang lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal