Tak Halang Isteri Berlakon, Cuma Dia Lebih Selesa Dengan Anak – Zahiril Adzim

6 Disember 2016. 6.50 PM
31,226
Hiburan
Tak Halang Isteri Berlakon, Cuma Dia Lebih Selesa Dengan Anak – Zahiril Adzim
Pelakon Zahiril Adzim, 30, akui tidak pernah menghalang isterinya aktres, Shera Aiyob untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan.

“Mungkin kerana ramai yang jarang nampak isteri saya berlakon jadi mereka ingat saya tak benarkan.

“Secara jujur saya tidak halang dia untuk berlakon, ada saja drama lakonannya ditayangkan cuma sekarang dia lebih selesa memilih untuk lebih masa bersama anak.

“Dia lebih suka jika dapat melihat Anaqi berada disisinya sepanjang masa dan mahu melihat anak membesar depan mata.

“Kalau ada tawaran dia akan pilih mengikut kesesuaian tapi jika ditawarkan untuk menjadi hos dia okay.

“Saya faham pun faham, mungkin kalau drama itu masa yang diambil untuk shooting agak lama berbanding hosting bermakna kuranglah masa dia dengan anak.

“Saya tak kisah dan okay dengan apa saja yang Shera buat, saya hormati keputusannya,” katanya kepada Astro Gempak.



Dalam pada itu, mengulas mengenai kehidupan peribadinya, Zahiril memberitahu anak sulungnya, Anaqi, 3, kini sudah mula menggelarkan dirinya sebagai abang.

“Anaqi lebih rapat dengan ibunya, apa saja pasti dia akan cari Shera. Tapi kalau dia nak bermain barulah dia cari saya.

“Cuma sekarang ini perubahan yang kami nampak dia dah mula bahasakan dirnya abang. Kami pun pelik macam mana dia boleh terfikir untuk gelarkan dirinya abang.

“Perkara itu berlaku secara tib-tiba, tapi saya rasa mungkin sebab sepupu-sepupunya gelarkan diri mereka abang jadi dia pun terikut sekali,” ujarnya ketawa.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan