Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Tak Sabar Berlakon Bersama Dalam Filem Baru

6 Disember 2016. 6.10 PM
44,635
Hiburan
Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Tak Sabar Berlakon Bersama Dalam Filem Baru
Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh dan Salman Khan tidak sabar untuk digandingkan bersama dalam mana-mana filem baru.


Menurut Salman, projek baru filem mereka itu perlulah daripada pengarah yang bijak serta tenaga produksi yang kreatif, dan mereka akan menerima tawaran tersebut.


“Saya positif untuk bergandingan dengan Shah Rukh Khan, sudah lama kami tidak berlakon bersama.

“Tapi dengan syarat, nak kami berlakon filem itu jalan ceritanya mesti yang menarik dan tidak membosankan.

“Kalau tak patuhi syarat-syarat itu, amat sukar untuk kami untuk menerimanya,” kata Salman yang ditemui media dalam Majlis Star Screen Awards baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan turut meletakkan syarat, pengarah yang tahan sabar amat diperlukan sekiranya dia dan Salman digandingkan.

“Saya pun sangat terbuka untuk digandingkan semula dengan Salman, dia adalah aktor yang berbakat dan dikenali ramai.

“Tapi kalau nak kami berdua berlakon bersama,, saya harap pengarah yang mengarahkan filem itu nanti mestilah orang yang mampu menahan sabar dan tahan emosi.

“Sebabnya kami inginkan produk yang dikeluarkan itu hasilnya luar biasa bukan yang biasa-biasa,” katanya.

Antara filem box-office yang menggandingkan kedua-dua aktor ini ialah Kuch Kuch Hota Hai, Karan Arjun dan  Hum Tumhare Hai.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Pinkvilla.com

Artikel Berkaitan


Komen