Penyanyi anggota kumpulan Big Bang iaitu T.O.P. dikritik kerana memuatnaik foto ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas.

T.O.P dikatakan memuatnaik foto tersebut di laman sosial Instagram (IG) baru-baru ini dan ia telah mencetuskan kekecohan dan perbalahan di kalangan peminatnya dan juga Big Bang.

Allkpop melaporkan perkara tersebut telah menarik perhatian peminat K-Pop di seluruh dunia dan mereka menyifatkan foto berkenaan tidak senonoh memandangkan dia berada di dalam tandas.

T.O.P. dilihat telah memuatnaik gambar tersebut dengan meletakkan hastag #poop.

Setelah mendapat pelbagai kritikan daripada peminatnya, T.O.P. bagaimanapun telah memadam gambar berkenaan dari IGnya.

Sementara itu, peminat turut membuat andaian bahawa gambar berkenaan sebenarnya mempunyai maksud tertentu dan ia mempunyai kaitan dengan muzik video terbaharu Big Bang.

"Sebelum ini mereka telah memuat naik gambar seekor babi namun gambar tersebut mempunyai kaitan dengan muzik video terbaharu mereka.

"Namun para peminat masih melakukan andaian bahawa adakah gambar membuang air besar itu merupakan salah satu strategi sebelum melancarkan album baharu Big Bang," kata sumber.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Allkpop