Peminat Tawar Diri Jadi Isteri Kedua Aeril, Wawa Zainal Minta Penjelasan

6 Disember 2016. 3.00 PM
263,859
Hiburan
Peminat Tawar Diri Jadi Isteri Kedua Aeril, Wawa Zainal Minta Penjelasan
Pelakon Wawa Zainal meminta penjelasan suaminya, aktor Aeril Zafrel selepas seorang peminat wanita menawarkan diri untuk menjadi madunya di laman sosial Instagram (IG).

Peminat wanita tersebut telah menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua Aeril pada ruangan komen di IG.

Sementara Aeril pula membalas komen tersebut dan meminta wanita itu memberitahu tentang hasratnya itu kepada Wawa.

Sungguhpun ia adalah sekadar gurauan di antara peminat dan pelakon, namun ada segelintir pengikut IG Aeril telah tersalah anggp dan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu cuba menggatal.

Wawa kemudiannya memuatnaik sebuah video di IG miliknya dan meminta penjelasan Aeril mengenai perkara tersebut. 

Menerusi video tersebut Wawa telah menulis kapsyen; “panas...panas..@aeril_zafrel menggatal??? betul ke ni? jom kita terjah!

Aeril yang sedang memandu, telah memberikan penjelasan kepada isterinya dan memberitahu dia hanya bergurau sambil melayan komen peminat.

"Saya bergurau sahaja. Saya memang suka melayan komen peminat, kalau tak layan dikata sombong pula.Tak sangka pula viral.

"Lagipun ketika saya membalas komen peminat itu Wawa ada di sebelah saya," katanya. 

Berikut merupakan video penuh yang dimuat naik:
 
 

panas...panas..@aeril_zafrel menggatal??? πŸ˜±πŸ˜±πŸ€”betul ke ni? jom kita terjah!

A video posted by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on



Teks oleh: Syafiqah Jalal
 

Artikel Berkaitan


Komen