Genap Satu Tahun,  Almarhum Tunku Abdul Jalil Masih Dirindui Rakyat

6 Disember 2016. 12.31 PM
36,247
Hiburan
Genap Satu Tahun,  Almarhum Tunku Abdul Jalil Masih Dirindui Rakyat
Tanggal 5 Disember merupakan detik paling hiba buat keluarga Diraja Johor kerana pada tarikh tersebut setahun yang lalu, anakanda keempat Sultan Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim pulang ke rahmatullah.

Semalam, satu tahun sudah pemergian Almarhum menghadap ilahi, namun kehilangan masih lagi terasa terutama buat ahli keluarga Diraja ini.

Tunku Idris menerusi Instagram (IG) baginda, telah memuat naik gambar Almarhum Tunku Jalil tanpa sebarang kapsyen.

Gambar tersebut juga telah menerima pelbagai komen daripada pengikut IG baginda yang berasa sayu selepas menatap foto Almarhum.

Rata-rata mereka meninggalkan ucapan rindu terhadap Almarhum yang sentiasa murah dengan senyuman dan peramah itu disamping  menyedekahkan bacaan ulul kitab, Al-Fatihah pada ruangan komen.

Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati dan disemadikan di  Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sepanjang hayat Almarhum, pelbagai aktiviti dan kerja amal yang telah baginda lakukan antaranya menyertai latihan pasukan polis selama sembilan bulan, menyertai program Liga Layar Malaysia serta penubuhan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
 

A photo posted by TTJ (@tunku_idris) on

 

A photo posted by TTJ (@tunku_idris) on

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen