Kumpulan yang sedang popular dengan lagu Assalamualaikum Ustazah, Khalifah Band akan hadir ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) pada 9 Disember ini.

Selain Khalifah Band, Papa Rock negara Datuk Ramli Sarip turun akan memeriahkan MAHA 2016 pada tarikh tersebut.

Pameran pertanian terbesar negara itu akan berlangsung selama 11 hari mulai 24 November hingga 4 Disember ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Upin & Ipin turut dilantik sebagai maskot rasmi MAHA 2016 yang dijangka dapat menarik golongan kanak-kanak sepanjang karnival berlangsung.

Selain Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja juga akan dibawa sebagai tarikan sepanjang 11 hari ekspo berlangsung.

MAHA 2016 juga juga mengamalkan pendekatan serampang lima mata merangkumi keselamatan dan kedaulatan makanan, rekreasi, pemerkayaan pengetahuan, pelancongan serta kesejahteraan.

Sebanyak 1,500 gerai pameran terlibat dalam MAHA 2016 yang disertai agensi kerajaan dan syarikat swasta dari dalam serta luar negara.

Bertemakan #OurFoodOurFuture, MAHA 2016 turut menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi.