Tindakan seorang lelaki yang merakam salah seorang ahli kumpulan GOT7, Yugyeom ketika berada di dalam tandas telah menyebabkan kemarahan peminat di Malaysia.

Difahamkan kejadian itu berlaku semalam apabila lelaki yang didakwa sebagai salah seorang peminat GOT7 begitu teruja ketika terserempak dengan Yugyeom di dalam tandas sebelum mengambil keputusan untuk merakamkan aksi penyanyi berkenaan.

Menerusi video tersebut jelas menunjukkan tindakan lelaki itu meletakkan telefon bimbitnya di bahagian bawah pintu tandas Yugyeom untuk merakamkan bahagian kaki penyanyi itu dilabelkan sebagai biadap.

Lebih teruk lagi, video berdurasi kurang 15 saat yang dimuatnaik di akaun Twitternya telah tersebar dan menjadi viral di dikalangan IGOT7 (gelaran peminat) seluruh dunia.

IGOT7 mula mengambil tindakan terhadap video berkenaan dengan menggunakan hashtag #RespectGOT7 yang menjadi trending worldwide sejak semalam.

Selain itu, mereka juga telah meminta syarikat pengurusan GOT7, JYP Entertainment supaya mengambil tindakan terhadap kelakuan tidak bermoral lelaki tersebut.

Bagaimanapun, menyedari tindakannya itu telah menjadi isu besar, lelaki tersebut telah memadamkan video berkenaan selain menukarkan akaun Twitternya dalam mood privasi sebelum memadamkan akaunnya.

Lelaki itu juga telah menulis permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk berkelakuan biadap dengan menceroboh privasi idola tersebut sebaliknya ia berlaku diluar kawalan.



Terdahulu, GOT7 telah hadir ke Malaysia untuk siri jelajah GOT7 Flight Log Turbulence 2016 pada Ahad.

Isu ini mula hangat diperkatakan dikalangan peminat K-Pop selepas satu video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki menerusi Twitternya semalam (Ahad) telah menjadi viral.

Video tersebut memperlihatkan sepasang kaki salah seorang anggota GOT7 di dalam tandas dan melihat kepada kasut yang dipakai, peminat mengesahkan penyanyi tersebut adalah Yugyeom.

Teks oleh: Mya Amri.

Kredit foto: BaiduGOT7_bar / Yugyeom A