Lisa Surihani Kagum Dengan Lawak Kurang Ajar Peserta Lawak Solo

5 Disember 2016. 5.28 PM
28,119
Hiburan
Lisa Surihani Kagum Dengan Lawak Kurang Ajar Peserta Lawak Solo
Pelakon Lisa Surihani mengakui dia amat mengagumi persembahan yang para peserta Lawak Solo.
 
Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 30, berkata, persembahan yang ditampilkan peserta Lawak Solo merupakan lawak yang baru dan segar.
 
"Sejujurnya apa yang boleh di katakan adalah saya amat kagum dengan idea dan persembahan para peserta.
 
"Lawak yang dipersembahkan oleh mereka memang kurang ajar kerana ia merupakan lawak yang baru serta kretif dan ia amat mencuit hati saya melihat persembahan mereka.
 
"Saya cukup berpuas hati dengan persembahan para peserta kerana setiap daripada mereka memberikan variasi lawak yang berbeza.
 
"Daripada situ kita dapat melihat kekuatan melalui penyampaian dan persembahan mereka kerana kepelbagaian yang ditunjukkan amat bagus," katanya kepada Astro Gempak.
 
Lisa telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Saiful Apek.
 
Jangan lupa saksikan peringkat akhir Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), ‪pukul 10 malam.
 
Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.
 
Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.
 
Teks oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen