Zain Saidin Sudah Puas Berlakon Oh My English!

5 Disember 2016. 2.57 PM
14,265
Hiburan
Zain Saidin Sudah Puas Berlakon Oh My English!
Pelakon Zain Saidin, akui sudah puas memegang watak sebagai Mr. Henry dalam Oh My English (OME) dan ingin mencuba karakater baru untuk drama seterusnya.

Menurut Zain, dia tidak mahu terus dikenali dengan nama itu dan dilabel sebagai pelakon yang tidak versatil.

“Saya sudah puas lakonkan watak M.r Henry dan OME, tiba masanya saya perlu keluar daripada zon selesa.

“Saya kena cabar diri untuk memainkan watak-watak lain tidak kira dalam drama mahupun telemovie.

“Memang saya akui watak dalam OME banyak memberi impak dalam kerjaya saya, tapi sudah tiba masanya memberi ruang kepada orang lain,” kata Zain ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Zain lagi, dia masih menerima tawaran berlakon daripada beberapa pproduksi namun terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu.

“Saya tolak tawaran berlakon kerana masa dan komitmen yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

“Sebagai contoh, tawaran diterima selepas pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah dan waktu itu kepala saya botak.

“Jadi nak berlakon dalam produksi itu saya rasa tak bersesuaian dengan imej yang sedang botak dan mereka faham dengan apa yang saya maksudkan.

“Minat berlakon masih lagi menebal, dan saya akan terus berlakon dan ingin mengembangkan bakat yang ada ini dengan mempelbagaikan karakter dalam lakonan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, kepada peminat setia Oh My English: Road to Jojga! Part II akan bersiaran pada Ahad, 11 Disember ini jam 9 malam ditayangkan secara serentak di tiga saluran iaitu Astro TVIQ (610), Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 

Artikel Berkaitan