Acha Septriasa, Vicky Kharisma Bertunang Seminggu Sebelum Nikah Ahad Ini

5 Disember 2016. 2.48 PM
21,494
Hiburan
Acha Septriasa, Vicky Kharisma Bertunang Seminggu Sebelum Nikah Ahad Ini
Pelakon Indonesia, Acha Septriasa telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Vicky Kharisma semalam.

Menurut laporan KapanLagi, majlis pertunangan itu diadakan dengan penuh adat dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Meskipun diraikan dalam majlis yang ringkas tetapi kebahagian jelas terpancar di wajah pasangan ini selepas selamat bertunang.

Acha kelihatan sangat anggun dan manis sekali apabila mengenakan kebaya merah tradisional dan berkain batik, sedondon dengan tunangnya yang juga berbaju batik.

Pasangan ini merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 11 Disember ini.

Terdahulu Acha pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana (Dito) pada 21
Julai 2014, namun putus tidak lama selepas itu.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Kapan Lagi
 

Artikel Berkaitan


Komen