GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

5 Disember 2016. 11.19 AM
149,842
Hiburan
GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

Konsert minggu akhir GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Azharina diumumkan sebagai juara.c

Mendapat dua tugasan lagu, Azharina telah menyampaikan lagu berjudul Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang secara medley serta lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah di pusingan battle.

Selain Azharina, lima bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Jamal Abdillah serta Hetty Koes Endang sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Dalam pada itu, Siti Sarah turut diumumkan sebagai pemenang Persembahan Pilihan Penonton menerusi undian di laman web GV dan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 tajaan Astro.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Juara: Azharina (82.4)
Izinkanlah & Mama Aku Ingin Pulang

"Nyanyian kamu bisa membuatkan saya menangis. Kamu menyanyikan lagu ini dari hati," - Hetty Koes Endang.

Naib Juara: Siti Sarah (76.3)
I Will Always Love You & Matahariku

"Ada part yang saya tak suka kerana terlalu teknikal, tapi yang lain semuanya fantastic," - Datuk Ramli MS.

Ketiga: Zarul Umbrella (73.1)
Dendangan Laguku & Gerhana

"Lagu dengan irama sebegini menjadi kepakaran kamu, sepatutnya Zarul nyanyi lagu sebegini dari awal. Awak buat saya bangga dan gembira malam ini," - Datuk Khatijah Ibrahim.

Keempat: Ameng Spring (54.3)
Romantis & Bourgenvilla

"Dahulunya kamu sudah mempunyai aura sebagai penyanyi, namun begitu, selepas tampil dalam GV 3, kamu mempunyai aura yang baru," - Datuk Jamal Abdillah.

Kelima: Intan Sarafina (52.8)
Kemelut di Muara Kasih & Sedetik Lebih

"Lagu berirama mellow menjadi kelebihan untuk dinyanyikan di konsert akhir. Tetapi kamu kurang ekspresi. Kamu harus memperbaikinya," - Hetty Koes Endang.

Keenam: Gmie Screen (52.1)
Bila Bulan Berwarna Biru & Salam Terakhir

"Gmie, suara kamu unik. Persembahan ini memberikan sesuatu yang bertenaga, tahniah," - Datuk Jamal Abdillah.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, jam 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram
@rz.works




Artikel Berkaitan


Komen