Sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam Tanjong Golden Village (TGV) bermula 1 Disember lalu, peminat filem seram dan thriller pasti tidak menyesal menonton Incarnate.

Seperti biasa, lakonan Aaron Eckhart tidak pernah mengecewakan, malah menerusi Incarnate wataknya sebagai Dr. Seth Ember dilihat hidup dan menjadi.

Incarnate mengisahkan tentang Dr. Seth Amber, seorang saintis yang memiliki keistimewaan untuk memasuki minda bawah sedar untuk mengubati pesakit yang dirasuk syaitan.

Cabaran bermula apabila Dr. Seth perlu menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang pernah dimiliki syaitan pada kelahirannya yang terdahulu dan dia terpaksa melawan roh-roh jahat yang ingin menakluki remaja tersebut.

Peminat filem seram pasti teruja melihat babak-babak seram di dalam filem ini, kerana penataan cahayanya yang bagus dengan muzik dan kesan bunyi seiring dengan elemen saspen!

Pujian wajar diberikan kepada Eckhart kerana berjaya menghidupkan watak Dr. Seth yang sentiasa kelihatan misteri dan kusut masai di atas kerusi rodanya serta sering membuatkan audiens tertanya-tanya tentang keikhlasan dan kepakaran Dr. Seth merawat pesakitnya yang diganggu makhluk halus.

Apa kata, anda semua nilai sendiri tahap keseraman filem ini dengan menyaksikan trailer di bawah dan selepas ini bolehlah ke pawagam untuk menonton ya!

Selamat menonton! Percayalah, selama 90 minit anda pasti akan tidak boleh duduk dengan tenteram dan aman di dalam pawagam!