Izzue Islam Cipta Lagu Bersama Isteri

2 Disember 2016. 8.00 PM
39,228
Hiburan
Izzue Islam Cipta Lagu Bersama Isteri
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam, 26, mengakui semakin seronok menulis dan mencipta lagu tambahan lagi apabila dibantu isteri tercinta, Awin Nurin, 34.

Izzue berkata, pada mulanya dia hanya ingin mencuba dan sekadar suka-suka, tetapi tidak menyangka lagunya mendapat respon yang baik selepas dimuat naik di Youtube IzzueIslam TV.

"Mencipta lagu kini adalah sebahagian daripada perkembangan karier saya dalam bidang seni ini.

“Saya sendiri tidak menyangka lagu Bimbang yang saya cipta diangkat menjadi runut bunyi untuk sebuah drama yang ditayangkan di televisyen baru-baru ini.

“Maklum balas yang saya terima daripada pendengar juga cukup baik dan itu menguatkan semangat saya untuk terus  terus berkarya.

“Sudah ada beberapa lagu dalam simpanan saya, cuma belum siap lagi. Kalau dah siap saya akan muat naik di Youtube IzzueIslam,” kata Izzue dihubungi Astro Gempak.

Tambahnya lagi, aktif dalam bidang lakonan serta tidak bermakna mempunyai perancangan untuk meninggal Forteen.


“Forteen masih kekal di hati dan kami bakal terbitkan single terbaru dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada penyokong Forteen yang memberi sokongan kepada lagu Dekat Tapi Jauh.

“Tidak terlintas difikiran saya bergerak solo untuk meninggalkan Forteen walaupun sudah mula menceburkan diri dalam bidang penulisan lirik dan mencipta lagu.

“Apa-apa pun, sokongan daripada pelbagai pihak membuatkan saya berani untuk buat sesuatu yang baru dalam hidup,” katanya.

Perkembangan lain, Izzue masih lagi aktif dengan perniagaannya menerusi Instagram izzuexclusive.

Produk terbaru yang baru saja dilancarkan ialah kanta lekap LookaLike dan selipar.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen