Pelawak wanita terkenal Korea iaitu Lee Se Young, dikecam selepas menyentuh bahagian alat sulit anggota kumpulan B1A4 dan Infinite.

Perbuatan tersebut berlaku ketika pelawak Lee Se Young mengacarakan program SNL Korea.

Menerusi sebuah video, Lee Se Young dilihat telah menyentuh alat sulit anggota kumpulan B1A4 dan Infinite beberapa kali dengan tujuan bergurau.

Perbuatan Se Young telah dikecam netizen, terutamanya para peminat ahli kumpulan berkenaan yang kurang senang dengan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai gangguan seksual.

Mereka turut merasakan bahawa aksi tersebut keterlaluan dan memalukan.

Se Young akhirnya tampil memohon maaf menerusi akaun Instagram miliknya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada program akan datang.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: E! News.