Tak Rela Berjauhan Dengan Anak, Hampir Sepuluh Tahun Ronnie Hussein Ulang Alik KL-JB

2 Disember 2016. 11.49 AM
14,816
Hiburan
Tak Rela Berjauhan Dengan Anak, Hampir Sepuluh Tahun Ronnie Hussein Ulang Alik KL-JB
Penyanyi Ronnie Hussein, 35, telah berulang alik hampir sepuluh tahun dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur kerana tidak rela berjauhan dengan anak-anaknya.

Menurut Ronnie, walaupun penat tetapi dia tetap tabahkan hati berbuat demikian demi keluarganya yang tersayang.

“Ada juga perancangan nak membawa anak-anak dan isteri pindah ke KL tetapi rancangan itu dibatalkan.

“Lagipun isteri saya uruskan restoran di Skudai jadi kalau pindah ke KL, kemungkinan perniagaan kami akan ditutup.

“Anak-anak pun dah membesar di JB, saya rasa lebih sesuai mereka di sana kerana mereka dah biasa suasana sekitar,” kata Ronnie ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Ronnie lagi, sekiranya dia menerima undangan nyanyian di luar KL, dia akan membawa anak-anaknya untuk meluangkan masa bersama.

“Sekiranya undangan persembahan hanya satu hari, saya akan bawa anak-anak dan isteri dua hari sebelum persembahan itu berlangsung.

“Dari situ saya dapatlah curi masa nak habiskan masa dengan mereka seperti pergi bersiar-siar, makan-makan atau aktviti keluarga yang lain.

“Dah habis kerja, terus pulang ke JB, itulah rutin hidup saya sebagai penyanyi dan ayah kepada anak-anak,” katanya.

Pelantun lagu Dikoyak Waktu telah dikurniakan dua orang anak perempuan, Nur Ilyana Farhana, 9, dan Raisya Umairah, 6, bulan.

Ronnie juga bakal lancarkan single terbaru dalam waktu terdekat berjudul Menanti Janji ciptaan sepenuhnya oleh Ippo Hafiz.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen