Shiha Zikir Terima Tawaran Berlakon Sinetron Indonesia

2 Disember 2016. 11.20 AM
9,910
Hiburan
Shiha Zikir Terima Tawaran Berlakon Sinetron Indonesia
Penyanyi Shiha Zikir, 29, akui menerima dua tawaran berlakon sinetron di Indonesia sebaik sahaja memenangi pertandingan D'Academy Asia 2.

Shiha bagaimanapun memberitahu dia terpaksa menolak kedua-dua tawaran tersebut kerana ketika itu jadualnya sudah dipenuhi dengan undangan nyanyian di Malaysia.

"Saya akui teruja apabila mendapat tawaran berlakon di sana. Yelah bukan mudah untuk tembusi pasaran di Indonesia, tetapi kini tawaran itu yang datang kepada saya.

"Namun saya agak terkilan juga kerana terpaksa menolaknya kerana jadual saya ketika itu tiada kelapangan dengan masa penggambaran yang diberikan.

"Jadi lebih baik saya menolak daripada menyusahkan banyak pihak nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Shiha berharap agar di masa akan datang dia tidak akan melepaskan peluang menerima tawaran berlakon di sana dan cuba mengatur kembali jadual seninya.

"Siapa tak mahu jika diberi tawaran berlakon di sana. Saya harap selepas ini tawaran yang diterima tidak mengejut dan saya boleh mengatur mengikut jadual seni saya," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Shiha kini muncul dengan single duet terbaharu bersama De' Meises berjudul Jangan Bilang Siapa Siapa.

Teks oleh: Syafiqah Jalal


 

Artikel Berkaitan


Komen