Justin Bieber Sifatkan Laman Sosial Instagram Sebagai Neraka

2 Disember 2016. 2.44 PM
5,921
Hiburan
Justin Bieber Sifatkan Laman Sosial Instagram Sebagai Neraka
Penyanyi yang kini terkenal dengan lagu ‘Let Me Love You’, Justin Bieber menyifatkan laman sosial Instagram sebagai neraka.

Bieber mengeluarkan kenyataan tersebut dihadapan ribuan peminatnya di salah sebuah lokasi konsert jelajahnya, ‘Purpose Tour 2016’ di London.

"Saya tak akan kembali mempunyai akaun Instagram. Instagram adalah untuk syaitan. Saya menyifatkan laman Instagram sebagai neraka," kata Bieber.

Sebelum ini, Bieber memadam laman sosial Instagram pada Ogos lalu selepas ‘berperang komen’ dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez di laman tersebut.

‘Perang komen’ itu turut mencetuskan perbalahan antara peminat kedua-dua selebriti itu di laman Instagram Bieber.

‘Perang komen’ tersebut dipercayai tercetus apabila Justin meluahkan hasrat untuk menukar fungsi Instagramnya kepada mod peribadi selepas ramai peminat dan pengikut laman Instagram miliknya mengkritik teman wanita baru Bieber, Sofia Richie.

Namun begitu, hubungan Bieber dan Richie putus di tengah jalan pada penghujung September lalu.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Dailymail

Artikel Berkaitan


Komen