Syahrini Miliki Aset Pendapatan Berjumlah RM120 Juta

1 Disember 2016. 7.10 PM
76,856
Hiburan
Syahrini Miliki Aset Pendapatan Berjumlah RM120 Juta
Penyanyi dan pengacara Indonesia Syahrini, dikatakan memiliki aset pendapatan sebanyak RM120 juta berdasarkan laporan yang dikeluarkan dari Celebrity Networth.

Ramai netizen percaya dengan jumlah itu berdasarkan cara hidup Syahrini yang mewah dan sentiasa mengunakan jet peribadi untuk melancong ke mana sahaja.

Namun laporan daripada Bintang.com memberitahu aset yang dimiliki oleh hos Ini Talk Show mendapati terdapat sedikit kekeliruan menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Celebrity Networth.

Berdasarkan laporan itu, tarikh lahir Syahrini ditulis ialah 17 Ogos 1945 sedangkan tarikh lahir dia yang sebenar ialah 1 Ogos 1982.

Mengikut laporan itu juga menunjukkan usia Syahrini sekarang ialah 71 tahun bukan 34 tahun seperti mana tarikh lahir asal.

Apa-apa pun Syahrini memang terkenal dengan sikap menunjuk-nunjuk harta yang  dimiliki seperti membawa beg Hermes ke pasar ikan untuk sesi penggambaran.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Bintang.com
 

Artikel Berkaitan


Komen