Hari ini (1 Disember) merupakan ulang tahun ke -14 Allahyarham Rezaiman Keifli yang merupakan anak kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar.

Kehilangan Rezaiman atau lebih mesra dengan panggilan Memen masih dirasai oleh Linda dan sebagai ibu, dia memohon supaya pengikut Instagram (IG)nya menyedekahkan surah Al-Fatihah sebagai hadiah buat anak kesayangannya itu.

Kira-kira 16 jam yang lalu, Linda telah memuatnaik satu foto beserta kapsyen yang menyentuh hati:

“Tepat pukul 12malam ini... Lahirlah seorang anak syurga bernama Rezaimen keiflin 1/12/2002. HappyBdaySyg yg ke-14yrs old.

“Rasa mcm baru semalam ma bagi susu dan tidokan memen... rupanya hampir 3 tahun men tinggalkan ma n family... Mama harap sangat men tenang di sana bersama pencipta... anak syurga yang sangat di rindui oleh kawan2,guru2,family and followers semua.

“Linda mohon pada semua marilah kita luangkan masa untuk sedekahkan Al-fatihah atau surah Yassin untuk beliau. Al-fatihah Rezaimen Keiflin bin Azlinda.

“1/12/2002-5/7/2014 #rezaimenkeiflinbinazlinda #memenahlisyurga #prayformemen,”
tulisnya.

Coretan menyentuh hati Linda itu turut dirasai oleh pengikut IGnya dan foto tersebut telah mendapat lebih 1,000 likes dan hampir 200 komen.

Kepada pembaca Astro Gempak, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Memen.

Teks oleh: Mya Amri