Amanda Seyfried Umum Hamil Anak Sulung Bersama Tunang

1 Disember 2016. 2.15 PM
7,928
Hiburan
Amanda Seyfried Umum Hamil Anak Sulung Bersama Tunang
Pelakon antarabangsa, Amanda Seyfried, 30,  mengumumkan sedang hamil cahaya mata sulung bersama tunangnya, Thomas Sadoski.

Menurut laporan USA Today, Amanda berkongsi berita gembira itu sendiri ketika hadir pada majlis pelancaran wangian Tuesday’s Givenchy, kelmarin.

Seyfried hadir ke majlis pelancaran itu dengan gaun hitam yang melekap hingga menonjolkan sedikit baby bump.

Bintang filem Mamma Mia! itu dan Sadoski mengingkat tali pertunangan pada September lalu.

Pasangan ini bertemu ketika sama-sama menjayakan pementasan The Way We Get By tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan cinta.

Kedua-duanya kemudiannya dipertemukan semula dalam filem terbaharu The Last Word.

Pasangan ini mengesahkan hubungan cinta mereka pada Mac lalu.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: USA Today


 

Artikel Berkaitan