Pelakon Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik serta anak-anaknya kini berada di tanah suci Mekah, mengerjakan ibadah Umrah.

Aaron menerusi laman sosial Instagram miliknya berkongsi sekeping foto bersama ahli keluarganya yang berada di hadapan Kaabah.

Menerusi entri tersebut, Aaron menulis kapsyen, betapa dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan kerana dapat berada di rumah Allah bersama keluarganya.

Selain itu Aaron berharap agar dia dapat kembali ke tanah suci itu bersama isterinya sekali lagi untuk mengerjakan ibadah Haji pula.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

"Feeling so blessed. Thank you ALLAH for the rezeki to share YOUR beloved HOUSE with my beloved family. May the wife YOU have chosen for me @diyanahalik & my next trip here be The Holy Haji Pilgrimage. The last pillar of my Faith #Islam Amin. #aaronazizfamily #aaronazizfamilyumrah #makkah #medina #umrah,"

Mengenai perkembangan lain, Aaron bakal muncul dalam Isteri Tuan Ihsan yang akan bersiaran di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 5 Disember iaitu Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Teks oleh: Syafiqah Jalal