Debaran menjelang konsert akhir GegarVaganza 3 (GV 3) kian terasa apabila tiket VVIP yang berharga RM 1,599 telah pun habis dijual pada petang Rabu.

Tetapi kepada para peminat dan pengikut setia program realiti paling popular di Malaysia ini, jangan risau kerana anda masih boleh mendapatkan tiket untuk menonton konsert akhir GV 3 di pawagam Tanjong Golden Village (TGV).

Selain keselesaan, anda juga dapat menonton persembahan akhir bintang GV 3 dalam suasana yang lebih ‘havoc’ dengan sistem audio yang lebih mengancam!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menonton bintang kegemaran anda berentap merebut gelaran juara pada Ahad ini di skrin besar TGV.

Konsert akhir GV 3 akan ditayangkan di 14 pawagam TGV iaitu, Bukit Mertajam, 1 Utama, Mesra Mall, Kulai Jaya, Kinta City, Wangsa Walk, Seremban 2, 1st Avenue, Bukit Tinggi, Tebrau City, Sunway Pyramid, Manjung, AU2 Setiawangsa dan Miri.

Dengan hanya RM15, anda berpeluang menyaksikan konsert ini bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang lebih selesa!

Tempah tiket anda sekarang di sini ---> GegarVaganza TGV

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.