Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Intan Sarafina berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran AF 2013, Indah Ruhaila.

Intan yang memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi menerusi album Kembali pada tahun 2000. Antara lagu-lagu popular nyanyian Intan ialah Kembali, Janji Seorang Kekasih dan Duhai Malam.

Indah pula merupakan artis muda yang kian dikenali ramai. Popular dengan lagu hit Percayalah, Indah kini muncul dengan single terbaru yang berjudul Semua Untuk Cinta.

Berpadu suara menyampaikan lagu hit Intan, Kembali secara duet, aksi Intan dan Indah boleh ditonton menerusi program Motif Viral baru-baru ini.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat aksi mereka, layari www.gegarvaganza.com.my!

Jangan lupa saksikan Intan yang bersaing merebut gelaran juara dalam GV 3. GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan lebih banyak video dan babak eksklusif di laman web Astro Gempak. Dengan Digi Prepaid Live, anda boleh strim video setiap hari dengan 8GB internet percuma setiap bulan di rangkaian 4G Plus.

Teks oleh: Kamaruddin Razal