Pelakon Hollywood Ben Affleck telah membatalkan hasrat untuk bercerai selepas mendapati isterinya aktres Jennifer Garner hamil anak keempat.

Menurut sumber, kehadiran anak keempat mereka telah menyelamatkan perkahwinan selebriti tersebut.

“Tidak dinafikan Jennifer amat gembira apabila doktor mengesahkan dia kini sedang hamil.

“Ada bagusnya juga kerana berita kehamilan tersebut sebenarnya sudah menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Disebabkan berita gembira tersebutlah pasangan itu telah membuat keputusan untuk batalkan penceraian,” katanya seperti yang dilapor Hollywood Life.

Dalam pada itu, sumber terdekat juga memberitahu Jennifer berharap agar sikap suaminya yang gemar berparti itu berubah.

“Ben telah berjanji untuk berubah menjadi seorang suami yang baik dan Jennifer benar-benar berharap agar suaminya itu menunaikan janjinya,” ujarnya.

Jennifer dan Ben berkahwin pada 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 10, Seraphina, 7 dan Samuel, 4.

Pasangan ini juga kemudiannya mengumumkan perpisahan mereka pada April lalu.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Hollywood Life