Lagu Medley dan Battle Bakal Hangatkan Konsert Akhir GV 3!

30 November 2016. 7.30 PM
10,146
Hiburan
Lagu Medley dan Battle Bakal Hangatkan Konsert Akhir GV 3!
Konsert minggu akhir GegarVaganza 3 (GV 3) yang bakal berlangsung pada Ahad ini akan menampilkan enam bintang GV 3 bertarung untuk merebut gelaran juara.

Di akhir konsert minggu separuh akhir GV 3 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan gegaran Nora terhenti di konsert tersebut.

Dua lagu tugasan yang bakal dinyanyikan secara medley untuk konsert minggu akhir telah diberikan kepada enam bintang GV 3. Lagu battle pula masih dirahsiakan dan bakal diketahui nanti.

Melihatkan kepada senarai lagu tugasan, semuanya bakal menghangatkan lagi konsert kemuncak GV 3.

Astro Gempak menyenaraikan lagu tugasan untuk konsert minggu akhir GV 3:

Azharina

Mama Aku Ingin Pulang - Nike Ardilla & Izinkanlah - Nike Ardilla

Bakal menyanyikan dua lagu Nike Ardilla secara medley, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan laungan vokal mantap Azharina di pentas kemuncak GV 3 kelak.

Zarul Umbrella

Gerhana - Kembara & Dendangan Laguku – Carefree

Kedua-dua lagu rancak ini bakal dinyanyikan oleh Zarul secara medley. Zarul semestinya bakal membawakan lagu ini dalam rendisi tersendiri, sesuai dengan kehendak peminat GV 3.

Siti Sarah

I Will Always Love You - Dolly Parton & Matahariku - Agnes Monica

Dua lagu tugasan Sarah yang bakal menjadi sebuah lagu medley ini mengangkat genre power ballad. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan lontaran suara Sarah menyanyikan lagu bernada tinggi.

Intan Sarafina

Sedetik Lebih - Anuar Zain & Kemelut Di Muata Kasih - Ziana Zain

Istimewanya tugasan yang digalas oleh Intan di konsert minggu akhir ini adalah untuk menyanyikan lagu adik beradik yang terkenal dalam industri nyanyian secara medley. Sekali lagi mendapat lagu penyanyi lelaki, Intan pastinya mempersiapkan dirinya dan memberikan yang terbaik.

Ameng Spring

Bougenvilla - Spring & Romantis – Spring

Lagu tugasan yang diberikan kepada Ameng menjadi pertikaian kerana kedua-dua lagu tersebut merupakan lagu nyanyiannya sendiri. Ameng pastinya sudah mempunyai agenda tersendiri untuk menyampaikan lagunya di konsert minggu akhir kelak.

Gmie Screen

Salam Terakhir - Sudirman & Bila Bulan Berwarna Biru - Arab & Aidit

Keupayaan Gmie di peringkat akhir bakal diuji dengan dua lagu yang berentak balada ini. Pastinya penonton menantikan gemersik vokal Gmie dalam mengalunkan lagu tugasan dalam cara tersendiri.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Tetapi apakata sebelum siaran langsung bermula, dapatkan KFC Holiday Bucket untuk dinikmati seisi keluarga!

Istimewanya KFC Holiday Bucket, ianya berbaloi dan boleh dimakan di mana-mana sahaja, bila bila masa.

Nikmati kemeriahan KFC Holiday Bucket bersama GV 3 di rumah atau sebelum ke auditorium pada hari Ahad, 4 Disember ini ya!

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Artikel Berkaitan


Komen