Anak Siti Hajar Kemalangan, Kritikal

29 November 2016. 9.00 PM
125,643
Hiburan
Anak Siti Hajar Kemalangan, Kritikal
Anak kepada guru vokal, Siti Hajar Ismail, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, kini kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi Isnin.

Perkara tersebut dinyatakan Siti Hajar menerusi laman sosial Facebook (FB) miliknya, kira-kira jam 1.56 minit petang semalam.

Menerusi entri tersebut, admin FB Siti Hajar memaklumkan Afif telah terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi Isnin di Lebuhraya DUKE dan berada dalam keadaan krtikal kerana mengalami pendarahan otak.

Seterusnya pada entri kedua, admin telah berkongsi perkembangan Afif yang dikatakan telah selesai menjalani pembedahan pertama memasukkan tiub untuk mengawal tekanan otaknya tetapi masih belum stabil.

Afif juga dijadulkan akan menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian otaknya, selepas sedar dari koma.

Kira-kira jam 6 petang tadi, admin memberitahu Afif masih dalam keadaan kritikan dan mengalami bengkak pada bahagian otak serta mengambil masa untuk sedar semula.

“Salam. Afif still critical. His brain swollen. Need some time to awake. Maybe lambat lagi untk sedar. And doctor need to let him in comma first. Jantung tak stable. Sama2 kita doakan.#prayforafif -Admin”

Siti Hajar juga memohon mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH SWT.
 
 

Artikel Berkaitan


Komen